Informasi Teknologi Terkini

Google Science Fair merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan oleh Google dalam usaha untuk mendidik ramai anak muda untuk hadir dengan pelbagai projek-projek dan inovasi menarik. Pada tahun ini, ia turut diadakan pada peringkat kebangsaan, dan 2 pelajar dari MRSM Kota Putra Terengganu memenangi pertandingan ini.

Kumpulan pelajar ini hadir dengan projek penggunaan komposit polimer berasaskan jut untuk menggantikan beberapa perkara dan binaan berasaskan bahan besi. Salah satu perkara yang yang ditekankan melalui penggunaan ini adalah dimana ia tidak akan berkarat, disamping kosnya adalah lebih murah berbanding penggunaan besi.

Projek ini mungkin perlu dibangunkan dengan lebih lanjut lagi sebelum ia boleh dikomersialkan. Apa pun, ia merupakan sesuatu yang menarik untuk melihat pelbagai inovasi menarik hadir daripada para pelajar dan anak muda tempatan.

Terdapat 10 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. Sebenarnya dari dlu lgi aku nak tau. Kalau sekolah ada masuk pertandingan rekacipta macam ni, yg bagi idea tu cikgu ke budak tu sendiri? Sekadar ingin tahu..

    • Bukan cikgu, dorang pergi universiti ke universiti untuk carik project.
      Professer yang tgh buat research akan bagi projek dekat budak-budak science fair ni.

      Technically dorang takyah buat pape pun, sekadar faham dan tahu macam mana nak present research.

      Kalau bertuah, menang banyak, boleh pergi present kat expo luar negara pulak.
      Biasanya budak-budak rajin je yang buat macam ni. Sebab nak jumpapa lecture/professer tu kena buat time cuti. Yang malas tu just search internet present ala kadar je.

      Kat MRSM/SBP tiap-tiap tahun ada pertandingan science fair wajib masuk.

  2. 1) Tidak boleh terima statement budak-budak ni..tp nasib baik kredit Prof (USM)..yg guna tenaganya tak kredit..
    2) Projek ini bukan dienovasikan oleh budak2 ni..
    3) tripod cameraman: suka hati kata “lepas kitaorg buat kita bgla…”-kat mane korg nk wt? siapa yang buat? ade machine?
    4) minat berinovasi katanya?? katanya “fikirlah saja penyelesaiannya”
    5) TAK MENAHAN ayat budak yg kedua tu “Juniorla, kalo nak amik projek ni kena ckp ngn kiteorg dulu JGN MEMBUTA TULI KITEORG SUSAH PAYAH…….korang kenalah fikir banyak2…bidang ni KENA BAYAK MEMIKIR”

    • Maksud ko, dieorang just ambik research dari profesor univrsiti aje ke tanpa sumbang apa2 idea. Prof terangkan pada dieorang dan kemudian mereka present kat google macam tu ya?

      • saya xnk komen lebih2..
        sila tanya prof (usm) itu..
        maaf sekiranya ada terasa diatas komen atas…
        sila baca komen saya diatas dengan nada yg bukan marah..tetapi nada kecewa dengan kenyataan mereka ini…

  3. aduhhh…zahira lagi…aduhhh…yang masih single tarak ke…merendahkan motibasi nak tgk video amanz la…pls la amanz…

  4. Lepas tengok video ni aku dapat simpulkan

    Zahira > Nisa

    Tapi apa nak buat dah kahwin dah. Tak boleh la nak berangan huehuehue.

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN