Cari @ Amanz

Google Science Fair merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan oleh Google dalam usaha untuk mendidik ramai anak muda untuk hadir dengan pelbagai projek-projek dan inovasi menarik. Pada tahun ini, ia turut diadakan pada peringkat kebangsaan, dan 2 pelajar dari MRSM Kota Putra Terengganu memenangi pertandingan ini.

Kumpulan pelajar ini hadir dengan projek penggunaan komposit polimer berasaskan jut untuk menggantikan beberapa perkara dan binaan berasaskan bahan besi. Salah satu perkara yang yang ditekankan melalui penggunaan ini adalah dimana ia tidak akan berkarat, disamping kosnya adalah lebih murah berbanding penggunaan besi.

Projek ini mungkin perlu dibangunkan dengan lebih lanjut lagi sebelum ia boleh dikomersialkan. Apa pun, ia merupakan sesuatu yang menarik untuk melihat pelbagai inovasi menarik hadir daripada para pelajar dan anak muda tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd