Cari @ Amanz

iPhone X merupakan peranti generasi baru daripada Apple yang diperkenalkan bersempena dengan ulang-tahun ke-10 iPhone. Ia hadir dengan beberapa ciri baru, termasuk seperti rekaan skrin hampir sepenuhnya dan kehadiran kamera TrueDepth pada bahagian hadapan.

Melalui kamera TrueDepth, ia telah membolehkan iPhone X ini membuat tiga perkara utama, seperti kebolehan nyahkunci menggunakan wajah, Animoji, dan keupayaan selfie yang lebih tajam.

iPhone X bakal dipasarkan di Malaysia pada 24 November ini dengan harga RM5149 (64GB) dan RM5899 (256GB). Kami akan membawakan review dan ulasan iPhone X ini apabila ia dilancarkan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd