Informasi Teknologi Terkini

Teknologi Sepanjang Bulan Julai 2013

Diterbitkan pada Ogos 6, 2013 oleh

Sepanjang bulan Julai 2013, pelbagai peranti telah diumumkan untuk pasaran tempatan, termasuk antaranya adalah siri komputer riba terbaru daripada pihak Sony, serta siri komputer dan juga tablet Windows 8 daripada pihak Acer Malaysia. BlackBerry turut sama tidak ketinggalan dalam hadir dengan BlackBerry Q5 untuk pasaran tempatan dan menawarkannya melalui beberapa pakej dari syarikat telekomunikasi.

Selain itu, Sony Mobile Malaysia pula telah memperkenalkan phablet mereka, Xperia Z Ultra untuk pasaran tempatan, termasuk LG Malaysia dengan LG Optimus G Pro. Samsung seperti biasa tidak ketinggalan dalam hadir dengan Samsung Galaxy S4 Zoom untuk pengguna tempatan.

Peranti yang boleh dikatakan menarik minat pengguna seluruh dunia adalah Ubuntu Edge daripada pihak Canonical, dimana kini sedang melalui proses pengumpulan dana untuknya.

Dalam arena perisian pula, pihak OpenOffice dan LibreOffice – masing-masing hadir dengan perisian versi terbaru mereka. Tidak ketinggalan adalah Opera dengan Opera 15 berasaskan enjin Chromium.

Di Malaysia, Salamfone mengumumkan penutupan perkhidmatan, sementara ALTEL pula memulakan perkhidmatan prabayar mereka. DiGi pula pada bulan Julai telah memperkenalkan rangkaian LTE mereka untuk beberapa kawasan yang terhad.

Terdapat 5 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. warga amanz,aku nak ucapkan selamat hari hari raya aidilfitri…
    moga korang terus sukses,inshaAllah..:)

  2. Salam Aidilfitri kepada team amanz.my serta rakan-rakan pengunjung Muslim semua… Maaf zahir & batin.
    Mudah-mudahan kehadiran madrasah Ramadhan dapat membentuk dan mengukuhkan lagi sifat ketaqwaan serta nawaitu kita semua.

    Semoga Amanz terus cemerlang dalam memaparkan berita-berita ICT/Teknologi yang bermanfaat, untuk kita semua. Semoga pengunjung akan terus mendapat manfaat serta kematangan berkenaan info terkini, di samping melibatkan diri dalam diskusi yang baik serta membentuk komuniti yang bermentaliti baik…

    Jadi, terimalah pantun dari saya yang tidak seberapa ini… (senyum)

    Ketupat rendang di hari lebaran,
    Jangan lupakan juadah bonda,
    Sambil melayar di skrin paparan,
    Jangan lupakan Akhirat di sana.

    Sambil berkunjung sanak saudara,
    Maaf-bermaafan serta bergembira,
    Hidup di dunia sekali sahaja,
    Buatlah kebajikan bagi faedah semua.

    . . . . . . . . . . . . . . .

    Salam tulus dari saya,

    En. MacBook Shah Alam

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN