Cari @ Amanz

Sepanjang bulan Julai 2013, pelbagai peranti telah diumumkan untuk pasaran tempatan, termasuk antaranya adalah siri komputer riba terbaru daripada pihak Sony, serta siri komputer dan juga tablet Windows 8 daripada pihak Acer Malaysia. BlackBerry turut sama tidak ketinggalan dalam hadir dengan BlackBerry Q5 untuk pasaran tempatan dan menawarkannya melalui beberapa pakej dari syarikat telekomunikasi.

Selain itu, Sony Mobile Malaysia pula telah memperkenalkan phablet mereka, Xperia Z Ultra untuk pasaran tempatan, termasuk LG Malaysia dengan LG Optimus G Pro. Samsung seperti biasa tidak ketinggalan dalam hadir dengan Samsung Galaxy S4 Zoom untuk pengguna tempatan.

Peranti yang boleh dikatakan menarik minat pengguna seluruh dunia adalah Ubuntu Edge daripada pihak Canonical, dimana kini sedang melalui proses pengumpulan dana untuknya.

Dalam arena perisian pula, pihak OpenOffice dan LibreOffice – masing-masing hadir dengan perisian versi terbaru mereka. Tidak ketinggalan adalah Opera dengan Opera 15 berasaskan enjin Chromium.

Di Malaysia, Salamfone mengumumkan penutupan perkhidmatan, sementara ALTEL pula memulakan perkhidmatan prabayar mereka. DiGi pula pada bulan Julai telah memperkenalkan rangkaian LTE mereka untuk beberapa kawasan yang terhad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd