Cari @ Amanz

Sepanjang bulan Jun 2013 yang lepas, beberapa acara global telah diadakan, memperlihatkan pelbagai pengumuman produk baru, termasuk Computex 2013, Apple WWDC 2013, Microsoft BUILD, dan juga Samsung PREMIERE 2013.

Pada acara Computex 2013, Intel telah mengumumkan cip Intel Haswell mereka yang terbaru disamping mengumumkan teknologi Thunderbolt 2. Asus pula telah melancarkan pelbagai peranti antaranya Asus MemoPad, FonePad Note, dan Transformer Book Trio. Acer di Computex mengumumkan tablet Windows 8 mereka, Acer Iconia W3.

Apple telah mengadakan WWDC 2013 dan memperkenalkan iOS7 Beta serta OSX Mavericks. Mereka juga turut mengumumkan rekaan Mac Pro yang baru. Microsoft pula mengadakan acara BUILD dan mengumumkan Windows 8.1 Preview.

Samsung pula telah mengadakan Samsung Premiere 2013 yang memperkenalkan variasi Galaxy S4 untuk model Active, Zoom dan Mini. Antara peranti lain termasuk Galaxy NX iaitu kamera Android dengan lensa yang boleh ditukar dan juga ATIV Q iaitu tablet Windows dengan sokongan Android.

Sony telah mengumumkan Xperia Z Ultra dan juga Smartwatch 2 pada acara Mobile Asia Expo Shanghai.

Didalam negara pula, Maxis telah meluaskan liputan 4G LTE mereka, menyertakan Kuching dan Kota Kinabalu. Celcom pula telah mengumumkan 4G LTE untuk pengguna iPhone 5. Malah TM juga dikatakan sedang mencuba rangkaian 4G LTE mereka. Microsoft Malaysia pula telah memperkenalkan Surface Pro pada harga RM2749.

Juga di Malaysia, ChatOn dan KakaoTalk menghangatkan kempen promosi mereka untuk mendapatkan lebih ramai pengguna tempatan.

Pada bulan Jun juga Facebook menambah sokongan hashtag dan MySpace telah melancarkan semula laman web mereka dengan rekaan baru. Instagram pula menambah sokongan video dalam aplikasi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd