Cari @ Amanz

Maxis merupakan salah satu perkhidmatan telekomunikasi yang terkenal dengan penawaran perkhidmatan premium, serta menawarkan aplikasi khusus untuk pengguna pascabayar dan prabayar mereka – iaitu MyMaxis untuk pascabayar dan HotlinkRED untuk pengguna prabayar.

Menggunakan aplikasi berkenaan, Maxis mengatakan mereka menawarkan piawaian perkhidmatan yang tinggi – selain memudahkan pengguna membuat pelbagai transaksi asas dengan pantas terus menggunakan aplikasi HotlinkRED atau MyMaxis.

Bercakap lanjut mengenai khidmat pelanggan, Maxis turut mengatakan yang mana kini mereka mempermudahkan pelbagai transaksi dengan pantas – sama ada melalui aplikasi mudah-alih, atau melalui kiosk-kiosk di pusat khidmat pelanggan. Perkhidmatan ini turut meliputi proses menggantikan kad SIM baru terus melalui kiosk khusus.

Dengan pelbagai integrasi baru, Maxis menyasarkan untuk menambah-baik penawaran khidmat pelanggan kepada para pengguna Maxis dan Hotlink – sekaligus memuaskan hati para pengguna, serta menambah baik kadar efisyen syarikat telekomunikasi berkenaan secara menyeluruh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd