Informasi Teknologi Terkini

Teknologi Sepanjang Bulan Mei 2013

Diterbitkan pada June 3, 2013 oleh

Sepanjang bulan Mei 2013 yang lepas, pelbagai perkara telah berlaku, selain beberapa acara khas diadakan termasuk Google I/O 2013, Adobe MAX, BlackBerry Live dan juga beberapa yang lain.

Bulan Mei dimulakan dengan pihak Adobe mengumumkan berkenaan Adobe Creative Cloud yang serba baru, dan bergantung kepada langganan sepenuhnya. Ini sekaligus membolehkan para pengguna untuk menjimatkan dalam mendapatkan sesuatu aplikasi yang diingini sahaja, disamping menikmati pelbagai kemaskini dalam bentuk masa-nyata.

Google pada bulan Mei 2013 turut sama telah mengadakan acara tahunan mereka, Google I/O, yang mana melihat mereka mengumumkan beberapa perkara baru, termasuk Google Play Games, Google Maps baru, Google+ yang diberikan nafas baru, termasuk aplikasi permesejan Hangout.

Selain itu, BlackBerry pula telah mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan BBM untuk Android dan juga iOS dalam masa beberapa bulan lagi.

Nokia pula pada bulan ini telah hadir dengan beberapa peranti baru, termasuk peranti Windows Phone 8 terbaru mereka, Lumia 925.

Pelbagai perkara lain turut diumumkan sepanjang bulan Mei lepas, dimana antaranya adalah termasuk pihak Telekom Malaysia berkongsi perancangan untuk memperkenalkan aplikasi iOS dan Android untuk HyppTV, dan juga pihak Microsoft yang mengumumkan berkenaan Windows 8.1.

Terdapat 6 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. amanz.com… xde ke buat pertandingan yg hadiah utama dia leh gi dating ngan nisa… :p

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN