Cari @ Amanz

Mobile World Congress 2013 sedang berlangsung di Barcelona, dimana membawakan pelbagai perkara baru, dari segi peranti dan teknologi diperlihatkan kepada umum.

Hari pertama memperlihatkan beberapa perkara, termasuk antara yang utama adalah Firefox OS daripada Mozilla. Peranti daripada Alcatel dan ZTE akan dijual tidak lama lagi, selain LG, Huawei dan Sony akan hadir dengan peranti masing-masing.

Nokia juga turut sama mengumumkan dua peranti mereka, Lumia 720 dan Lumia 520, selain mengumumkan perkhidmatan pemetaan mereka – Nokia Here.

Asus tidak ketinggalan dengan memperkenalkan Asus FonePad dan juga Asus Padfone Infinity, masing-masing dengan kebolehan panggilan suara.

  • Info
  • MWC dibawakan untuk anda oleh Acer Malaysia.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd