Informasi Teknologi Terkini

Rangkuman Hari Kedua MWC 2016

Diterbitkan pada Feb 24, 2016 oleh

Pada hari kedua di acara MWC 2016 menyaksikan beberapa jenama terkemuka hadir dengan beberapa teknologi baru. Oppo seperti yang telah dikatakan sebelum ini telah mendedahkan hasil penyelidikan berkenaan teknologi kuasa mereka dan juga teknologi pengimejan yang mungkin bakal diikuti oleh pengeluar lain.

HTC pada hari kedua juga telah mengumumkan pra-tempah untuk gelas realiti-maya mereka iaitu HTC Vive yang bakal dijual pada akhir bulan ini. Ia ditawarkan pada harga yang sedikit mahal berbanding pesaingnya.

Acer pula mengambil pendekatan berlainan untuk peranti jam tangan pintar. Sewaktu pelbagai jenama jam tangan pintar ingin bersaing dengan jam tradisional, Acer telah bekerjasama dengan Victorinox dalam menghasilkan peranti boleh-pakai.

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN