MWC 2017 – Xiaomi Surge, Meizu mCharge, Netflix HDR

MWC 2017 – Xiaomi Surge, Meizu mCharge, Netflix HDR

Diterbitkan pada Mac 1, 2017 oleh .

Hari kedua untuk Mobile World Congress memperlihatkan beberapa peranti baru diperkenalkan, termasuk Wiko yang memperkenalkan telefon pintar siri WIM baru, yang hadir dalam dua variasi.

Selain Wiko, pihak Meizu telah memperlihatkan sokongan pengecasan pantas yang mampu memenuhkan bateri telefon pintar dalam masa hanya 20 minit.

Selain Meizu, rakan senegara mereka, Xiaomi telah memperkenalkan cip pemprosesan tersendiri mereka, Surge S1 di China.

Dan akhir sekali, pihak Netflix tidak ketinggalan, dan telah berkongsi beberapa kemaskini, termasuk sokongan HDR pada peranti mudah-alih terpilih.


TIPS & ULASAN