Cari @ Amanz

Kacamata pintar merupakan satu cabang dalam trend peranti-boleh-pakai yang semakin berkembang pesat saban hari. Berbanding jam tangan pintar yang boleh dikatakan baru popular bermula dua tahun lepas, kajian mengenai rekaan dan kegunaan kaca mata pintar telah dilakukan sejak lebih 5 tahun dahulu dengan salah satu kajian signifikan pada tahun 2009 oleh Pattie Maes & Pranav Mistry melalui Sixth Sense.

Dan pada MWC 2014, kami berkesempatan untuk mencuba kaca mata Mirama yang direka oleh salah sebuah syarikat dari Jepun. Kacamata Mirama masih didalam peringkat prototaip namun buat mereka yang berminat boleh mendapatkannya. Melalui percubaan singkat, apa yang dapat dipastikan adalah kacamata Mirama sedikit berat berbanding Google Glass serta akan mengambil keseluruhan kawasan penglihatan apabila dipakai. Kebanyakan arahan yang diberikan adalah bersifat gesture dan ia juga mampu mengesan gesture yang halus seperti pergerakan jari.

Semasa memakainya, terdapat rasa panas pada dahi namun tidak dapat dipastikan sama ada ia satu perkara yang biasa atau ianya terhasil kesan dari penggunaan kacamata tersebut secara berpanjangan kepada pengunjung-pengunjung MWC 2014 yang mencubanya secara pukal. Juga oleh kerana saya memakai gelang Fitbit, sedikit gangguan berlaku dimana kacamata tersebut tidak dapat mengesan tangan kiri saya. Juga semasa gangguan tersebut berlaku, terdapat sedikit bunyi yang boleh didengar. Saya tidak pasti sama ada kacamata Mirama mempunyai bone conduction  yang bertindak sebagai pembesar suara, atau mempunyai pembesar suara pada cekak kacamata tersebut.

Melalui video penggunaan diatas, sebenarnya apabila saya melihat wakil dari syarikat Mirama, terdapat pengecaman wajah yang dilakukan namun ia tidak ditunjukkan pada laptop tersebut. Kesemua interaksi yang lain merupakan suatu gesture yang normal dan tidak pelik. Apapun dengan perkongsian sebegini kami yakin satu hari nanti produk kacamata pintar bakal menjadi satu produk yang laris seluruh dunia.

  • Info
  • Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan prototaip ini, anda boleh menempahnya di sini.  
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd