Nokia hari ini telah membuat kejutan, apabila memperkenalkan sebanyak tiga peranti baru berasaskan Nokia, iaitu Nokia X, Nokia X+ dan juga Nokia XL.
Ketiga-tiganya menggunakan variasi Android yang diubah-suai dan menyertakan pelbagai fungsi dari Nokia dan juga Microsoft.
Secara kasarnya, boleh dikatakan ia membawakan rekaan peranti Asha dengan antaramuka Lumia, serta dijana menggunakan platform Android.