Nyah-Kotak Microsoft Surface RT

Nyah-Kotak Microsoft Surface RT

Diterbitkan pada Dis 6, 2012 oleh .
Spesifikasi Surface RT
Sistem Operasi Windows RT
Skrin 10.6-inci ClearType HD (1366×768 pixel)
Storan 32GB/64GB. Sokongan mikroSD dan USB 2.0
CPU NVIDIA Tegra 3 empat-teras.
Memori 2GB RAM
Kamera 2 kamera depan belakang HD 720p LifeCams

Microsoft Surface RT adalah tablet pertama yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Microsoft dan dijual di beberapa buah negara secara rasminya. Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah Surface ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Surface RT telah dilancarkan oleh Microsoft bersama-sama pelancaran Windows 8 pada bulan Oktober yang lepas, yang mana bersama-sama dengannya, ia dijana menggunakan Windows RT dan dilengkapi dengan Office 2013 padanya.

Memandangkan ia menggunakan Windows RT, maka aplikasi dan perisian yang boleh digunakan hanyalah apa yang terdapat pada Windows Store sahaja. Kini, selepas sebulan lebih dilancarkan, ia mempunyai lebih kurang 25,000 aplikasi yang tersenarai padanya.

Di Malaysia, ia masih lagi tidak diketahui bilakah ia akan mula dijual secara rasmi. Namun, beberapa penjual, telah mula mengimport secara sendiri dan menjualnya di Malaysia.


TIPS & ULASAN