Cari @ Amanz
Spesifikasi HTC One X+
Cip NVIDIA Tegra 3 1.7GHz (empat-teras)
Memori 1GB RAM
Storan Terbina 64GB
Skrin 4.7-inci Super LCD2
Kamera 8-megapixel (belakang), 1.6-megapixel (hadapan)
Bateri 2,100 mAh
Lain-lain Beats Audio, HTC ImageChip, GPS GLONASS

HTC One X+ merupakan peranti Android terkini daripada gergasi pengeluar peranti Taiwan, yang mana membawakan beberapa kemaskini berbanding HTC One X yang diperkenalkan pada awal tahun.

HTC One X+ membawakan kemaskini dari segi cip pemprosesan, menggunakan cip 1.7 GHz empat-teras NVIDIA® Tegra® 3 AP37 yang membawakan kepantasan lebih 27% berbanding One X, disamping turut menyertakan ruangan storan 64GB padanya, Kapasiti bateri turut dipertingkatkan kepada 2,100 mAh pada One X+.

Bersama-sama dengannya, ia turut dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean, serta menggunakan HTC Sense 4+ padanya.

Ia dijual di Malaysia pada harga RM2099 dalam variasi warna putih dan hitam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd