Cari @ Amanz

Oppo sebelum ini pernah hadir dengan Oppo F5 edisi Fattah Amin dan kali ini mereka hadir dengan Oppo F7 edisi Neelofa bersempena dengan Hari Raya Aidilifitri pada tahun ini. Ia didatangkan dengan skrin 6.23-inci HD+, cip MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM, storan 64GB, bersama kapasiti bateri 3400 mAh. Ia juga dilengkapi dengan kamera utama 16MP f/1.8, kamera hadapan 25MP f/2.0, serta menjalankan Color OS 5.0 berasaskan Android 8.1 Oreo. Oppo F7 Edisi Neelofa ini ditawarkan pada harga RM1399 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd