Pandang Pertama : Acer Aspire 7600U (All-In-One PC)

Diterbitkan pada Okt 17, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan komputer riba Aspire S7 yang dijana menggunakan Windows 8, untuk mereka yang mengemari komputer desktop untuk kegunaan di rumah mahupun pejabat, Acer turut sama membawakan PC semua-dalam-satu mereka, iaitu Acer Aspire 7600U.

Acer Aspire 7600U membawakan skrin bersaiz 27-inci padanya, selain disertakan dengan papan kekunci dan tetikus yang membawakan rekabentuk selari.Kedudukannya boleh diubah sehingga 90-darjah, menjadikan ia sesuai untuk digunakan oleh sesiapa sahaja, dalam pelbagai bentuk keadaan.

Harga dan spesifikasi penuh masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan diumumkan oleh Acer pada awal bulan hadapan.

komen

© Amanz / 2021 Kami