Informasi Teknologi Terkini

Pandang Pertama: Acer Aspire S7

Diterbitkan pada July 12, 2013 oleh

Acer turut mengemaskini komputer Ultrabook mereka – Aspire S7 dengan beberapa spesifikasi baru, termasuk penggunaan cip Intel Haswell i7 1.80Ghz. Dengan penggunaan Intel Haswell, ia membawakan sokongan masa penggunaan bateri yang lebih lama berbanding sebelumnya, disamping menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih baik berbanding versi sebelumnya.

Antara spesifikasi lain termasuklah RAM 4GB DDR3 dan juga storan 128GB SSD dan mempunyai skrin 13 inci HD Penuh (1920x 1080) dan seberat 1.3kg. Model ini dijangka akan memasuki pasaran tempatan menjelang pertengahan Ogos kelak. Harga jualannya tidak diketahui buat masa ini.

Terdapat 1 komen.
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. Produk terbaik daripada Acer – amat berbaloi untuk dimiliki. Lebih berbaloi dan menjimatkan daripada Apple MacBook.

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN