HTC Desire X merupakan penambahan terbaru dalam keluarga HTC Desire, membawakan kemaskini spesifikasi padanya, dimana ia dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz Qualcomm, kamera 5-megapixel, skrin Super LCD bersaiz 4-inci WVGA, memori sebanyak 768MB RAM, sokongan ruangan mikro-SD dan storan terbina sebanyak 4GB. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 1650mAh padanya.
Dari segi sistem operasi pula, ia menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan pihak HTC menjanjikan mereka akan memperkenalkan Jelly Bean dan juga Sense 4+ untuknya.
Di Malaysia, ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu biru dan putih. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, namun berkemungkinan berharga dibawah RM1,200.