Cari @ Amanz

Huawei Nova 2i merupakan salah satu telefon pintar popular yang telah dilancarkan Huawei sebelum ini. Kini, Huawei meneruskan siri peranti berkenaan diteruskan dengan pengenalan Huawei Nova 3i pada hari ini.

Huawei Nova 3i hadir dengan skrin bertakuk, cip Kirin 710, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut hadir dengan dwi-kamera hadapan, dan juga dwi-kamera belakang – yang turut menyertakan sokongan kecerdasan buatan untuk rakaman gambar yang lebih cantik.

Telefon pintar ini akan dilancarkan secara rasmi esok, dimana kita akan mendengar lanjut tarikh jualan dan harganya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd