-
Siri OPPO Reno5 5G Memang Sesuai Untuk Kegunaan Pengkarya VideoMac 4, 2021
-
3 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Router WiFi 6, Dan Ini Jawapannya!Feb 24, 2021
-
Siri OPPO Reno5 5G – Bukan Sekadar Kamera, Spesifikasinya Juga MantapFeb 23, 2021
-
Permainan Apakah Yang Anda Nantikan Pada Tahun 2018?Feb 21, 2018
-
Mingguan Android – Swapps, Notable, Duck HuntFeb 17, 2013
-
Retrologi – Episod PertamaSep 15, 2015
-
Mingguan Amanz – Unifi Mobile, Galaxy S9 Akan Datang, Maybank QRPayJan 28, 2018
Pandang Pertama: LG Pocket Photo
-
-
Dengan lebih ramai yang mengambil gambar menggunakan telefon pintar mereka, mungkin ramai juga ingin mencetaknya dengan mudah. Untuk tujuan ini, pihak LG hadir dengan sebuah pencetak mudah-alih khas dinamakan sebagai LG Pocket Photo.
LG Pocket Photo membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar mereka dengan sokongan NFC ataupun melalui aplikasi khas untuk Pocket Photo. Aplikasi khas ini disediakan untuk Android dan iOS buat masa ini. Gambar yang dicetak menggunakan pencetak mudah-alih ini mengambil masa sepantas 30 saat untuk selesai dicetak.
Berdasarkan percubaan, gambar dicetak dengan cepat dan kualiti warna gambar adalah baik. Saiz gambar yang dicetak pula hampir sama besar dengan kad nama yang bersaiz biasa. Selain itu, peranti LG Pocket Photo ini juga boleh meletakkan Kod QR untuk gambar supaya gambar tersebut boleh diakses di internet.
Di Malaysia, LG Pocket Photo dijual pada harga RM399.