Cari @ Amanz

Bagi kebanyakkan pengguna internet, mungkin pernah mencuba laman sosial yang popular pada suatu masa dahulu, iaitu MySpace. Setelah menghadapi pelbagai saingan daripada beberapa laman baru, seperti Facebook, Twitter dan sebagainya, kini MySpace.com turut sama mula menguji rekabentuk baru yang mana memfokuskan ke arah minimalis, serta membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai kemaskini semasa dunia hiburan dan juga mendengar muzik percuma melaluinya.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat awal, memerlukan para pengguna mempunyai jemputan untuk menggunakannya. Mungkin sekiranya semua sistem mereka berjalan lancar, ia akan dibuka kepada umum tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd