Cari @ Amanz

Nokia Lumia 625 merupakan peranti Windows Phone 8 terbaru yang telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini, dimana peranti dengan sokongan LTE ini ditawarkan pada harga RM939 untuk pengguna tempatan.

Peranti Windows Phone 8 ini juga turut dilengkapi dengan beberapa fungsi baru, termasuk aplikasi Nokia Smart Cam yang memberikan lebih pilihan rakaman gambar untuk pengguna.

Nokia Lumia 625 turut hadir dengan beberapa pilihan kerangka luar yang boleh diubah dan dibeli secara berasingan. Sebanyak lima pilihan warna disediakan oleh pihak Nokia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd