Carian
Pandang Pertama : OPPO Find X
June 21, 2018 Aman

OPPO Find X dilihat hadir dengan penawaran skrin penuh tanpa takuk bersama nisbah skrin ke peranti mencapai 93.8%. Dengan rekaan tanpa takuk ini, OPPO telah menempatkan kamera hadapan Find X pada lokasi yang unik, iaitu berada pada struktur binaan atas peranti yang boleh dinaikkan dan diturunkan.

OPPO Find X hadir dengan skrin OLED pada saiz 6.42-inci, cip pemprosesan Snapdragon 845, memori 8GB RAM, bersama storan dalaman 256GB. Ia juga dilengkapi dengan sokongan dwi-kamera 16 dan 20MP, kamera hadapan 25MP, bersama bateri berkapasiti 3730 mAh.

Komen