Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pelancaran Windows 8, salah satu komputer riba yang diperkenalkan oleh pihak Samsung adalah Series 5 Ultra Touch, yang mana membawakan sokongan skrin sentuh kepada keluarga Series 5 yang telah diperkenalkan oleh Samsung sebelum ini, disamping mengekalkan rekabentuk yang nipis seperti pada kebanyakkan Ultrabook pada masa sekarang.

Samsung Sereis 5 Ultra Touch ini menggunakan cip pemprosesan Intel Core i5, dan turut dilengkapi dengan memori sehingga 8GB padanya, membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugasan yang memerlukan pemprosesan tinggi seperti mengedit video dan sebagainya.

Ia turut didatangkan bersama skrin HD bersaiz 13.3-inci dengan sokongan 10-titik sentuhan padanya. Dari segi ruangan storan pula, ia dilengkapi dengan kapasiti sebesar 500GB HDD.

Samsung mengatakan bateri padanya bertahan selama 6.7 jam lamanya, sesuai untuk digunakan seharian ketika bekerja diluar.

Di Malaysia, harga jualan Samsung Series 5 Ultra Touch ini bermula pada harga RM2999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd