Cari @ Amanz

Pada pengumuman Sony Malaysia, mereka juga memperkenalkan Sony VAIO Duo, sebuah komputer riba kelas ultrabook convertible yang mempunyai dua mod iaitu mod tablet dan mod desktop.

Model ini mempunyai spesifikasi Intel Core i5 1.60Ghz, 4GB LPDDR3, kapasiti storan 128GB SSD, dengan skrin sentuh bersaiz 13.3 inci dengan resolusi HD penuh 1920 x 1080, kamera Exmor R for PC untuk tujuan panggilan video dan juga kamera Exmor RS for PC yang mempunyai sensor pengimejan sebesar 8 Megapiksel serta mempunyai stylus.

Komputer riba convertible yang dikatakan mampu beroperasi selama 11 jam ini dijual pada harga RM 4999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd