Sony VAIO Fit E telah dilancarkan di Malaysia dan membawakan 5 spesifikasi berbeza dengan 3 warna berlainan. Untuk model berharga RM1599 dan RM1999, model tersebut didatangkan dengan kad grafik Intel HD Graphics, RAM 2GB DDR3, kapasiti storan 500GB HDD.
Berbeza dengan model yang bermula dengan harga RM2299 sehingga RM 2699, model tersebut mempunyai kad grafik NVIDIA GeForce GT 740M dan mempunyai skrin 14 inci dan didatangkan dengan sokongan NFC. Antara spesifikasi lain termasuk RAM 4GB DDR3, dan kapasiti storan 500GB HDD.
Kesemua model Fit E turut didatangkan dengan pemacu cakera padat DVD.