Cari @ Amanz

Sony Malaysia juga telah melancarkan komputer riba kelas ultrabook untuk kegunaan professional yang diberi nama VAIO Pro. Model VAIO Pro mempunyai 3 variasi dengan spesifikasi utamanya Intel Core i5 1.6Ghz dan versi tertinggi membawakan Intel Core i7 1.8Ghz.

Antara spesifikasi lain termasuk RAM 4GB DDR3, kapasiti storan 128 GB SSD dan versi tertinggi mempunyai 256 GB SSD. Kesemua model membawakan skrin sentuh beresolusi 1920 x 1080 piksel dan bersaiz 11 inci dan juga 13 inci. Kesemua laptop VAIO Pro seberat hampir 1kg dan agak ringan dan dijual pada harga bermula RM 3599 sehingga RM 4999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd