Dengan perkembangan teknologi yang pesat dari hari ke hari, ada kalanya ia agak menarik untuk melihat kembali kepada era sebelum ini, terutamanya sejarah pengenalan teknologi yang kini menjadi popular atau mengubah pelbagai perkara.
Pada episod Retrologi minggu ini, kami melihat kepada beberapa perkara yang telah berlaku pada penghujung bulan Oktober dalam beberapa tahun yang lepas, iaitu;
24 Oktober 2013 – Projet Ara
30 Oktober 2012 – Disney mengambil-alih Lucasfilm
6 November 1980 – Perjanjian kerjasama antara Microsoft dan IBM
29 Oktober 1969 – Ujian ARPANET dimulakan yang mana merupakan permulaan untuk internet
1 November 1996 – TMNET 1515 Diperkenalkan