Cari @ Amanz

Pada tahun ini, jam tangan pintar menjadi antara fokus beberapa pengeluar, dan pihak Samsung turut hadir dengan jam tangan pintar mereka tersendiri, dinamakan sebagai Samsung Galaxy Gear.

Samsung Galaxy Gear dilengkapi dengan sokongan kamera, selain mana turut didatangkan dengan pelbagai pilihan aplikasi untuknya. Menggunakannya, pengguna boleh menghubungkan ia kepada peranti pintar mereka, dan mengikuti pelbagai notifikasi melaluinya.

Disamping itu, sensor terbina pada Galaxy Gear membuatkan ia turut sesuai digunakan untuk tujuan kecergasan oleh para pengguna. Namun, salah satu kekurangan untuk jam tangan pintar ini adalah dimana ia hanya menyokong Galaxy Note 3 sahaja buat masa ini.

Di Malaysia, Galaxy Gear akan dijual pada harga RM999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd