Informasi Teknologi Terkini

Topik minggu ini lari dari topik biasa yang berkisarkan peranti pintar. Mari tumpukan kepada pembinaan PC sendiri ataupun membelinya secara pasang siap. Apakah tips yang anda perlu tahu. Juga kami membincangkan kenapa kami memilih sistem operasi Windows dan Mac. Apakah kebaikan dan keburukan setiap platform yang dipilih

#SembangLebat merupakan salah satu episod perbincangan secara santai beberapa topik teknologi semasa dan juga yang popular dikalangan pengguna dan industri ICT secara amnya.

Terdapat 21 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. Prebuilt PC tak Bagus !
    Haritu pi kedai PC saja nak tgk2.
    Terpandang satu pc ni harga rm 1600 , kemain Intel Core i5 !
    Specs cenggini
    Intel Core I5 – 4460
    Ram 8gb DDR3
    1tb HDD

    sekali bila sampai part gpu
    GT210 .. mai god
    failed

  2. Sebelum mula perbalahan, aku nak cakap yang citarasa masing masing dan penggunaan laptop/PC setiap orang tak sama. Dah tak payah nak kata macbook membazir, tak boleh buat gaming. Dan macbook user pulak kata stable lah, jualan macbook meningkat kepebenda sume.

    • Ya, setuju. Keputusan pengguna untuk memilih peranti mana yang sesuai, itu terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Ertinya, pemilihan gajet ialah hak peribadi. Tiada paksaan/tegahan pun untuk beli.

      Kita di amanz ni, lebih mementingkan perkongsian ilmu, info dan pengalaman masing-masing. Ini ialah hak permuafakatan bersama. Jadi, perbezaan pandangan sesama pengguna gajet ICT, itu ialah perkara nature. Yang tidak biasa/ganjil, ialah jika sesama pengguna semua sepakat-senada berkenaan persepsi mengenai jenama gajet.

      Setakat bergurau/gaduh sikit-sikit, itu tidak mengapa la. Itu macam semangat kesukanan. Cuma jangan la cakap merapu tak tentu hala.

  3. Pendapat aku,

    1) Belajar pasang dulu. Sampai SEPARA MAHIR pun ok dah.

    2) Pergi kedai dan bagi kita punya BAJET. Minta kedai list apa yang kita akan dapat.

    3) Ejas sikit apa yang kedai bagi ikut KEPERLUAN kita.

    ———–

    Dengan ini kita tidak akan ditipu bulat-bulat. Dan kita tak akan membazirkan duit kepada apa yang kita tidak perlukan.

    Aku pun macam obe.. dah tak sempat dah nak godek2.

    • Nak bagus buat pc clone aka pasang sndiri ni lbh bagus beli dr kedai yg berbeza2 baru dpt brg bagus n harga yg berpatutan…last time sy psg pc sndiri berjam2 kat lowyat cari hardware yg bgus + hrge berpatutan..

  4. nanti sembang lebat buat pulak pandangan amanz psl perbandingan OS linux,mac,windows

  5. Uih, berminat la dengan stand laptop yang obe pakai tu..bole tau mane nk dapat? ^^
    –hahaha, terbaik a sembang lebat kali ni–

  6. pasang sendiri puas hati…serius aku pun tahu basic je pasal pc..tp kalau x tahu nak pasang tgok video youtube…bersepah org putih ajar…baru sebulan pakai..bajet 2k..beli brg online..

  7. Terima kasih kepada Obe dan Arib dengan topik perbincangan sembang lebat kali ni.

    1. Saya juga bersetuju dengan isu ‘thermal paste’ yang kurang diteliti penggunaannya oleh pihak contract-manufacturer maupun original design manufacturer (ODM) bagi menyiapkan jenama gajet kepada pengguna awam.

    Selain cara betul untuk menitiskan/meratakan thermal paste ke komponen penting gajet, pemilihan jenama thermal paste juga penting bagai memastikan kualiti penyebaran haba ke ‘heat sink’ berlaku dengan seoptimum mungkin.

    Jenama thermal paste kegemaran saya ialah Arctic Cooling MX-4 (atau Gelid GC Extreme). Tempoh ketahanannya juga tinggi iaitu sehingga 8 tahun. Thermal Conductivity nya juga tinggi, iaitu 8.5 W/(mK). Sesuai digunakan untuk semua komputer termasuk MacBook juga. Kesannya amat ketara bagi perbandingan before vs after.

    2. Berkenaan kerja-kerja grafik/rendering, saya juga akui penggunaan kad GPU adalah jauh lebih ampuh keberkesanannya berbanding solusi laptop, termasuk MacBook juga. Samada menggunakan GeForce maupun Quadro, itu terpulanglah kepada persediaan bajet masing-masing. Sedangkan, Macbook lebih sesuai untuk low-end graphic editing.

    Cuma pandangan saya, lebih baiklah PC menggunakan solusi Linux dan aplikasi open-source yang ok juga, seperti Blender, GIMP dan sebagainya.

    3. Seperti yang saya sebut sebelum ini, walau apa pun jenis sistem perkomputeran pilihan kita, kita tidak boleh berkompromi dengan amalan menggunakan perisian versi cetak rompak. Undang-undang tetap mengikat kita semua dalam urusan kita seharian.

    Jadi, solusi Mac dan Linux (serta aplikasi open-source dan freeware) adalah antara cara untuk memupuk meninggalkan tabiat buruk tersebut. Elakkan menggunakan perisian seperti MS-Office, Photoshop, Illustrator, Premier, CorelDraw dan sebagainya, jika anda tidak mampu memilikinya secara tulen.

    Setakat nak guna di rumah sahaja tidak mengapalah, tapi bila dah melarat ke tempat kerja, IPT atau komersial, jangan cari pasal nanti. Belum kena cekup memang la syiok guna, tapi bila dah kena cekup, teruk la nanti.

    Sekadar pandangan.

    • Ralat:

      … bagi memastikan, bukan bagai memastikan.

      ‘Bahasa Jiwa Bangsa’

    • beli dkt mana thermal paste Arctic Cooling MX-4? selama ni beli yg RM2 untuk satu cucuk. Lol

  8. Betul tu..memang dah lama minat nak try pasang sendiri tapi bajet tak mencukupi hahaha..apa pun memang puas hati rasanya klu dapat pasang sendiri

    • amanz kalau boleh buat tutorial cara (how to )-pasang PC versi Amanz .my pula.Selalunya yang kita nengok ni mat saleh yang buat..kali ni biar Amanz .my pulok yang buat mungkin lebih faham lagi kot..?ini cuma pandangan aku yang tak seberapa aje..he he he he he ok chow.bye.bye

  9. Harap sangat lepas ni boleh buat perbandingan antara processor and grapic card !

  10. Harap sembang lebat Yang seterusnya akan membincangkan lebih mendalam lagi mengenai Linux. Linux kira jarang lagi orang pakai. Kalau bokeh bincangkan apakah kelebihan dan kekurangan linux dengan lebih mendalam.

  11. kalau takde kekangan budget, pc pasang sendiri lagi bagus sebab bleh dapat spec terbaik dan paling optimum dengan kehendak sendiri.
    misalnya, kalau orang tak main game yang power-power macam game racing, boleh abaikan grafik kad dan dapatkan cpu intel core i7 yang terbaik.
    Cuma kalau nak pasang sendiri, kena banyak membacalah.

    Susahnya nak pasang sendiri bukan setakat, cara nak pasang saje. Macam yang Rahhidan cakap, cara pasang boleh belajar kat Youtube. Tapi yang paling susah ialah nak pilih parts tu. Nak cpu mana, nak motherboard mana, nak grafik kad mana. yang tu wat serabut tu.

    Aku baru berpengalaman pasang sebijik komputer. Yang gila nya 1st time pasang kimouter aku terus wat small form factor (sff) gaming komputer. Masa aku pasang lepas baca buku manual case, aku pasang ambik masa 6jam lebih. Perasaan excited dan takut, semua ada. Alhamdulillah semua menjadi dengan baik, tak susah sangat pun.

    Masa pasang tu, aku budget tinggi jugak, dengan cpu i5 yang baru keluar pastu gpu ati hd 6800 (kot..), dan sekarang komputer rosak tak terbaiki lagi sebab budget takde. Sekarang guna laptop je.

    ps: klu ade orang nk sponsor, (barang 2nd pun ok)kan best. :p

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN