Cari @ Amanz

Sharp SH530U merupakan peranti Android bersaiz 5-inci daripada pihak Sharp, dimana didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan dwi-teras 1Ghz Cortex A-9, memori sebanyak 512MB, dan ruangan storan sebanyak 20GB padanya. Ia turut didatangkan bersama-sama sokongan dwi-SIM, membolehkan para pengguna menggunakan dua talian telekomunikasi pada masa yang sama.

Sharp SH530U turut didatangkan bersama-sama bateri berkapasit 1950mAh padanya, membolehkan anda bercakap sehingga 390 minit, ataupun mempunyai masa bertahan sehingga 560 jam padanya. Untuk kamera pula, ia didatangkan bersama-sama kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 0.3-megapixel pada bahagian depan.

Di Malaysia peranti ini ditawarkan pada harga RM1288.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd