Cari @ Amanz

Steve Jobs telah meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 yang lepas, dan bersempena dengan itu, hari ini, pihak Apple mengemaskini halaman utama mereka, menyertakan video memperingati beliau. Seperti semua sedia maklum, perjalanan kisah hidup beliau agak menarik, dimana beliau memulakan Apple pada 1976, sebelum dibuang daripadanya pada tahun 1985.

Namun, setelah Apple menghadapi pelbagai masalah, beliau kembali semula ke Apple pada tahun 1997, dan kini Apple merupakan antara syarikat terkemuka dan popular di dunia. Kini, selepas ketiadaan Steve Jobs, Tim Cook menerajui Apple, dimana baru-baru ini mereka telah memperkenalkan iPhone 5 ke pasaran dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd