Cari @ Amanz

Kurang 60 hari lagi sebelum kita bertemu dengan tahun baru 2014. Sepanjang bulan Oktober ini, tiga sistem operasi utama telah menerima kemaskini, iaitu Microsoft dengan Windows 8,1, Apple dengan OS X Mavericks, serta Canonical dengan Ubuntu 13.10.

Selain daripada itu, pihak HTC telah mengumumkan phablet pertama mereka – HTC One Max, disamping Nokia yang turut hadir dengan tablet Lumia 2520 dan juga phablet 1520. Apple turut tidak ketinggalan dengan mengumumkan iPad Air dan juga iPad Mini dengan paparan Retina.

Beberapa permainan untuk peranti mudah-alih turut telah diumumkan pada bulan ini, disamping kemaskini kepada beberapa perkhidmatan, seperti Yahoo! Mail yang kini dikemaskini dengan ruangan percuma sehingga 1TB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd