Theranos merupakan salah satu skandal penipuan yang besar yang berlaku di Silicon Valley. Sebuah teknologi yang dikatakan mampu membuat semakan untuk pelbagai ujian menggunakan hanya setitik darah telah dijual kepada para pelabur – namun, akhirnya ia terbukti sebuah penipuan.