Cari @ Amanz

Francais permainan komputer Call of Duty memulakan hidupnya sebagai simulasi kejadian bersejarah pada Perang Dunia Kedua. COD Ghost, sekuel terkini frankais ini memaparkan teknologi futuristik dengan pengenalan beberapa senjata yang lebih fiksyen dari realiti. Activision hari ini memperlihatkan trailer kesinambungan siri COD iaitu Call fo Duty Advanced Warfare. Seperti Ghost ianya ditetapkan pada masa akan datang. Nampaknya ada elemen parkour dan penggunaan baju zirah yang membolehkan pemain melompat tinggi ke udara seperti di dalam permainan Titanfall. Paling menarik menurut trailer ini COD : AW akan mula dijual 4 November ini. Kami harus akui kami merindui COD era Perang Dunia Kedua dari arah tuju mereka sekarang. Ini adalah kerana ianya lebih berpijak di dunia yang nyata dan tidak terlalu merapek. Apa pendapat anda tentang arah tuju semakin futuristik COD? Adakah ianya sudah terlalu HALo untuk anda terus memainkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd