Huawei Nova 2i merupakan salah satu peranti hangat tahun ini atas kehadiran rekaan nirbingkai dan empat-kamera pada penawaran harga yang berpatutan. Ia turut dikenali sebagai Huawei Mate 10 lite (Global), Huawei Maimang 6 (China), dan Huawei Honor 9i (India).
Di Malaysia, Huawei Nova 2i telah dijual pada harga RM1,299 melalui pengedar-pengedar rasmi Huawei Malaysia.