Xiaomi Mi MIX 2 merupakan sekuel kepada peranti Mi MIX, iaitu antara peranti awal yang menawarkan rekaan skrin nirbingkai. Ia kini telah membawa penambah-baikan dari segi prestasi dan rekaan, yang mana lebih praktikal digunakan berbanding direka sebagai peranti konsep.
Di Malaysia, Xiaomi Mi MIX 2 telah ditawarkan pada harga RM2199 (6GB RAM + 64GB) melalui saluran rasmi Xiaomi Malaysia.