Carian
Ulasan : ASUS ZenFone Max Plus (M1)
January 11, 2018 Aman

ASUS ZenFone Max Plus (M1) antara peranti yang sering disebut-sebut atas penawaran yang menarik seperti skrin 18:9, sokongan dwi-kamera, Face Unlock, dan bateri berkapasiti besar pada harga RM899. Ia didatangkan dengan skrin 5.7″ IPS LCD 18:9 HD+, cip MediaTek MT6750T, memori 4GB RAM, dan storan 32GB. Peranti ini menawarkan dwi-kamera (16MP + 8MP) pada bahagian belakang selain membawakan bateri berkapasiti 4130 mAh.

Di Malaysia, ASUS ZenFone Max Plus (M1) telah ditawarkan pada harga RM899 sekaligus memberi pesaingan kepada peranti sekelasnya iaitu Xiaomi Mi A1 dan Moto G5s Plus.

Komen