Cari @ Amanz

Huawei P20 membawakan perubahan yang radikal berbanding Huawei P10, dengan rekaan berasaskan kaca bersama keupayaan kamera yang dioptimasikan melalui kecerdasan buatan. Dari segi spesifikasi, Huawei P20 hadir dengan skrin bersaiz 5.8-inci FHD+, cip Kirin 970, memori 4GB RAM, dan storan dalaman 128GB.

Di Malaysia, ia telah ditawarkan pada harga RM2599, sekaligus memberi tekanan kepada peranti sekelasnya seperti Samsung Galaxy S9.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd