Oppo F7 merupakan peranti kelas pertengahan dengan spesifikasi menarik bersama fokus kepada kegunaan selfie. Ia hadir dengan skrin 6.23-inci FHD+, cip Helio MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB, bersama kapasiti bateri 3400 mAh. Oppo juga menawarkan variasi Oppo F7 128GB, dengan storan dalaman dua kali ganda lebih besar, bersama peningkatan memori 6GB RAM.
Di Malaysia, Oppo F7 ditawarkan pada harga RM1399 sekaligus bersaing dengan peranti sekelasnya seperti Vivo V9.