Sony Xperia XZ2 merupakan peranti mercu 2018 daripada Sony yang hadir dengan rekaan serba baru bersama penawaran skrin bingkai nipis. Ia hadir dengan skrin IPS LCD pada saiz 5.7-inci FHD+, cip Snapdragon 845, memori 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 3180 mAh. Ia turut dilengkapi dengan kamera utama 19MP f/2.0, kamera hadapan 5MP, sokongan kalis air dan sokongan pengecesan tanpa wayar berasaskan Qi.
Di Malaysia, Sony Xperia XZ2 ditawarkan pada harga RM3299 sekaligus bersaing dengan peranti pada harga sekitarnya seperti Samsung Galaxy S9 dan Huawei P20 Pro.