Bagaimana Mematikan Notifikasi Sesuatu Aplikasi Pada Windows 8?

Bagaimana Mematikan Notifikasi Sesuatu Aplikasi Pada Windows 8?

Diterbitkan pada November 3, 2012 oleh .

Mungkin semua tidak gemari akan notifikasi daripada kesemua aplikasi di Windows 8, seperti bukan selalu anda ingin melihat kemaskini daripada Messaging (yang lebih kepada Facebook Chat) dan sebagainya. Untuk mengawalnya, Microsoft menyertakan sebuah panel kawalan khas pada bahagian tetapan yang mana boleh diubah dengan mudah mengikut kegemaran para pengguna.

Untuk mengaksesnya, para pengguna hanya perlu ke Charm Bar, seterusnya membuat carian Notification pada bahagian Settings. Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman tetapan notifikasi, dimana anda boleh mematikan notifikasi daripada sesuatu aplikasi dan perisian yang tidak diminati anda.


TIPS & ULASAN