Informasi Teknologi Terkini

Pandang Pertama : Windows Phone 7.8

Diterbitkan pada Jan 31, 2013 oleh

Seperti semua sedia maklum, pada awal pagi hari ini, Nokia telah mula memperkenalkan kemaskini Windows Phone 7.8 untuk peranti-peranti mereka, iaitu Lumia 510, 610, 710, 800 dan juga 900. Kemaskini ini bakal diperkenalkan secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang, dan beberapa pengguna tempatan telah pun mula menerima kemaskini tersebut pada peranti mereka.

Windows Phone 7.8 membawakan beberapa penambah-baikkan dan juga perubahan padanya, dimana salah satu yang dinantikan ramai adalah sokongan mengubah saiz Tiles pada skrin utama, disamping menyertakan kebolehan untuk menambah gambar latar daripada Bing pada skrin kunci. Windows Phone 7.8 juga turut sama menyertakan lebih banyak pilihan warna tema, disamping Nokia yang menyediakan beberapa aplikasi tambahan melalui Nokia Collection mereka.

Namun, salah satu fungsi yang dinantikan, kebolehan merakamkan paparan skrin tidak disertakan pada Windows Phone 7.8.

Video oleh Arif Ishak / MrPiratz untuk AmanzTV.

Terdapat 18 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. MrPiratz, boleh tau knp lumia900 aku y dah update ni x blh download ringtone maker? katenye no available in your region..cmne nk buat ni?

    • Ini adalah kekurangan windows phone. Kandungan applikasi di Marketplace mereka tidak seragam dan mengikut region.

      Pastikan anda sewaktu mendaftar email live atau hotmail, setkan negara sebagai united states atau singapore.

      Banyak kekurangan marketplace malaysia. Entah apa sebabnya terdapat perbezaan. Mungkin pengguna windows phone di Malaysia tak ramai agaknya.

      Selamat mencuba!

    • Pergi ke setting>region & language

      tukar negara ke US, restart phone dan anda bole access marketplace US version, takde masalah utk install free apps. Utk paid apps kene bayar tp dlm unit dollar.

      harap membantu.

    • Untuk masalah tersebut, aku telah rujuk pada pihak Nokia sendiri… Jika aku kembali kepada aplikasi tersebut pada Marketplace, ia memberitahu “This app is not available for your phone.”… Maklumat terkini aku akan beritahu pada blog/twitter.. TQ

  2. Takde ape sangat updatenya. Haish. Yang pakai nokia untungla. Tapi yang paparan berubah masa memainkan lagu tu feature tu dah ada kat 7.5 dah.

    • Mungkin pada paparan musik pada locksreen tersebut tiada pada Nokia Lumia sebelum ini.. Dan ianya dibawa sekali dengan kemaskini Windows Phone 7.8…

  3. Nak mintak pendapatlah , boleh kan ?
    Antara Lumia 800 dgn Lumia 620 mana yg berbaloi ek beli ?

    • rasanya lumia 620.

      – wp8, berbanding lumia 800 yang hanya sistem wp7.8
      – memori 8gb, boleh sokong sehingga 64gb, berbanding lumia 800, hanya 16gb, xboleh ditambah
      – lumia 620 boleh ditukar shellnya mengikut warna pilihan, bateri boleh ditanggalkan, berbanding lumia 800
      – lumia 620 ada rich recording, berbanding lumia 800
      – lumia 620 lagi murah daripada lumia 800
      – sistem perpindahan data dalam wp8 lumia 620 lagi senang berbanding lumia 800, yang perlu menggunakan aplikasi zune untuk sync

      saya pengguna lumia 800, tetap berpuas hati dengan performance keluarga lumia. mungkin sudah tiba masa upgrade :D

  4. Kalau berhajat untuk mendapatkan windows phone berjenama nokia, elakkan daripada membeli phone dgn wp 7.5 dan 7.8.

    Belilah antara model lumia baru dgn wp8. Lebih features dan tak perlu menggunakan zune utk transfer file.

    Zune tak sebaik itunes – sedikit pujian untuk itunes walaupun sy sudah tak menggunakan iphone lagi.

    Sy menunggu Marketplace utk windows phone lebih teratur susunannya. Sekarang agak beserabut dan kucar kacir. Playstore dan app store jauh ke hadapan.

    Paling worst tak semua app ada untuk region kita dan kalau dulu, takleh download app pada hari ahad sebab engineer microsoft mengemaskini Marketplace pada hari tersebut. WhatTheFishCake????

  5. Ye ade beberapa kekurangan atau kejanggalan. Mungkin sudah biasa menggunakan android, ios atau blackberry membuatkan sy berkata demikian.

    Agak kureng dengan Marketplace mereka. Kurangnya applikasi merupakan satu isu besar.

    Lumia juga tiada notification centre. Bayangkan anda menerima missed calls, msg di whatsapp, facebook notificatios, twitter, email dan sebagainya.

    Di mana maklumat ini akan dipaprkan? Hanya di lock screen dan tiles. Jika tiles berada di bawah sekali, takkan anda harus scroll ke bawah untuk memeriksa msg yg baru diterima?

    Lumia mempunyai brightness screen yg sungguh awesome. Harap masalah di atas dpt diselesaikan.

  6. Nape aku masih belum dapat update 7.8? Tiap kali connect to zune dan check update, katanya your phone is up to date… Sesapa boleh bantu aku, aku bukannya reti ni…

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN