Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, pada awal pagi hari ini, Nokia telah mula memperkenalkan kemaskini Windows Phone 7.8 untuk peranti-peranti mereka, iaitu Lumia 510, 610, 710, 800 dan juga 900. Kemaskini ini bakal diperkenalkan secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang, dan beberapa pengguna tempatan telah pun mula menerima kemaskini tersebut pada peranti mereka.

Windows Phone 7.8 membawakan beberapa penambah-baikkan dan juga perubahan padanya, dimana salah satu yang dinantikan ramai adalah sokongan mengubah saiz Tiles pada skrin utama, disamping menyertakan kebolehan untuk menambah gambar latar daripada Bing pada skrin kunci. Windows Phone 7.8 juga turut sama menyertakan lebih banyak pilihan warna tema, disamping Nokia yang menyediakan beberapa aplikasi tambahan melalui Nokia Collection mereka.

Namun, salah satu fungsi yang dinantikan, kebolehan merakamkan paparan skrin tidak disertakan pada Windows Phone 7.8.

  • Info
  • Video oleh Arif Ishak / MrPiratz untuk AmanzTV.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd