Mari Tonton : Dokumentari World of Warcraft : Looking For Group

Mari Tonton : Dokumentari World of Warcraft : Looking For Group

Diterbitkan pada November 9, 2014 oleh .

World of WarCraft merupakan salah satu permainan popular yang dimainkan oleh ramai pemain di seluruh dunia. Hari ini, bersempena dengan ulang tahun ke-10, mereka telah pun menerbitkan sebuah dokumentari baru yang dinamakan sebagai World of WarCraft : Looking for Group.

Melalui dokumentari selama sejam ini, pihak Blizzard berkongsi beberapa perkara, termasuk temuramah bersama-sama pekerja Blizzard, pembangunan awal untuk World of WarCraft, pendapat daripada pemain, dan perjalanan ia sehingga ke hari ini.

Jadi, sekiranya anda peminat dunia permainan ataupun World of WarCraft, mungkin boleh mengambil sedikit masa, dan menonton sendiri dokumentari yang dihasilkan oleh Blizzard ini.

TIPS & ULASAN

<script>