Carian
Redmi 13C Dengan Sokongan 5G Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM659
April 30, 2024 Aman

Xiaomi Malaysia kini membawa masuk satu lagi telefon pintar bajet, iaitu Redmi 13C 5G. Berbeza dengan model yang ditawarkan pada November 2023 lepas, model baharu ini hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Redmi 13C 5G hadir dengan skrin 6.74-inci, dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6100+, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut menyertakan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP, serta bateri 5000mAh. Menjadi fokus utama pemasaran peranti ini adalah peranti Redmi asas dengan penawaran 5G. Menguasakan telefon pintar ini adalah sistem operasi Android 13 dengan antaramuka MIUI 14.

Di Malaysia, Xiaomi telah mula menawarkan Redmi 13C ini pada harga bermula RM659 untuk model 4GB RAM / 128GB storan, sementara berharga RM999 untuk model 8GB RAM dan storan 256GB. Ia boleh dibeli melalui platform Mi.com atau Shopee.

Komen