Gambar iPhone HD Tersebar Di Internet

Gambar iPhone HD Tersebar Di Internet

Diterbitkan pada Apr 20, 2010 oleh .

Ianya merupakan suatu perkara yang jarang kita dapat lihat dimana produk daripada Apple kelihatan di alam maya terlebih dahulu sebelum ianya diumumkan. Namun begitu, kini, produk Apple yang dinantikan, iPhone HD sudah pun mula kelihatan di beberapa laman web terkemuka.


iPhone Generasi Akan Datang – iPhone HD? [via]

Seperti mana yang dinantikan, melalui gajet yang dikatakan sebagai iPhone generasi baru, atau yang dikenali sebagai iPhone HD ini, membawakan kamera dihadapan untuk kebolehan dan fungsi sembang video. Selain daripada itu, kamera iPhone juga dikemaskini, mungkin kepada 5 megapixel, serta membawakan sokongan cahaya flash.


iPhone Dengan Kamera di Hadapan [via]

Paparan juga diperkemaskinikan, dan ianya dikatakan mungkin kepada 960X640 pixel, dan membawakan resolusi yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, beberapa bebutang pada iPhone juga kini menggunakan warna metalic. iPhone HD ataupaun iPhone 4G ini juga akan menggunakan sistem operasi iPhone OS 4.0 apabila berada dipasaran kelak.


TIPS & ULASAN