Cari @ Amanz

Kini, MDeC telah pun secara rasminya mengumumkan berkenaan dengan program ICON2 yang mana mensasarkan untuk memperkembangkan bakat para pembangun tempatan dalam membangunkan kandungan dan aplikasi mudah-alih bertaraf antarabangsa, sekaligus memperluaskan lagi industri berkenaan.

Untuk menjayakan perkara ini, ICON2 menyediakan dana sebanyak RM5 juta yang mana akan dibahagikan antara ICONdap, ICONapps, dan juga ICONex. Menariknya adalah, melalui ICON2, ianya lebih memfokuskan kepada aspek kreativiti dan juga teknikal, berbanding selalunya yang mana yang lebih memfokuskan kepada perniagaan dan penjanaan wang melaluinya. Ini sekaligus pada masa yang sama mengalakkan lagi pemikiran kreatif dikalangan para pembangun Malaysia.

Sebelum ini, melalui initiatif ICON yang pertama pada tahun 2009 yang lepas, lebih 60 geran telah disediakan, dimana melaluinya, lebih 180 pekerjaan dan 96 aplikasi mudah-alih telah dibina. Mungkin dengan ICON2 ini kelak, kita akan terus melihat perkembangan sihat dalam industri pembangunan aplikasi mudah-alih tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd