Facebook Memulakan Acara f8 Dengan Cara Yang Berbeza Dan Menarik

Facebook Memulakan Acara f8 Dengan Cara Yang Berbeza Dan Menarik

Diterbitkan pada Sep 23, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, hari ini, Facebook telah mengadakan suatu acara tahunan mereka dikenali sebagai f8, dan menariknya, untuk tahun ini, mereka mengadakannya dalam suatu bentuk berbeza dan memulakannya dengan menarik sekali melalui penampilan khas Andy Samberg yang melakonkan watak Mark Zuckerberg.

Melalui penampilan khas Andy Samberg, beliau membuat beberapa lawak, selain turut mengumumkan beberapa fungsi baru, dan salah satunya adalah Slow-Poke sebagai parodi kepada fungsi Poke pada Facebook.

Walaupun perkara ini mungkin tidak digemari oleh sesetengah pihak, namun ianya nampak menarik apabila melihat akan sesuatu acara dimulakan dengan cara yang berbeza dan tidak membosankan, berbanding acara biasa yang lain. Pada acara Facebook f8 tahun ini, Zuckerberg telah mengumumkan beberapa perkara baru, termasuk fungsi Timeline dan juga sokongan Open Graph yang serba baru.

Kemaskini Sebelum ini, Apple pernah melakukan perkara yang serupa pada MacWorld 1999, dimana Noah Wyle yang melakonkan watak Steve Jobs pada filem Pirate of Silicon Valley turut melakonkan watak Steve Jobs pada acara tersebut. (terima kasih Hakim)


TIPS & ULASAN